IIUM Grad 96/2000
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
IIUM Grad 96/2000

Discussion Boards for International Islamic University Graduates 96/2000
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  

 

 Ramadhan Bulan Overhaul ?

Go down 
AuthorMessage
Aliff Lam




Posts : 89
Join date : 2008-07-20
Age : 47
Location : Country Homes, Rawang

Ramadhan Bulan Overhaul ? Empty
PostSubject: Ramadhan Bulan Overhaul ?   Ramadhan Bulan Overhaul ? Icon_minitimeFri Aug 08, 2008 8:45 pm

Ramadhan Bulan Overhaul Hati

Allah Taala menjadikan manusia dijadikan sekali di mana kekuatannya dan kelemahannya
Tuhan tahu bagaimana menguatkan yang lemah dan bagaimana menyuburkan yang kuat
Allah Taala tahu di mana kebaikan mereka, dan di mana kejahatan mereka

Memang Tuhan ada bekalkan manusia ada benih baik ada benih jahat
Tuhan tahu dari punca apa dia baik dan dari punca apa dia jahat
Hatilah wadahnya yang boleh menerima kebaikan dan kejahatan

Di dalam masa setahun manusia terdedah dengan berbagai-bagai ajaran dan cabaran
Cabaran itu seperti tekanan hidup, sibuk dengan kerja, berhadapan dengan kerenah manusia
Berlaku juga ujian-ujian yang mendadak, kemalangan yang tidak disangka, melihat, mendengar perkara yang merosakkan
Ditambah lagi hasil didikan, bacaan, semuanya ini memberi kesan yang negatif kepada jiwa kebanyakan orang

Kecuali orang yang kuat dengan Tuhan, jiwanya tidak rosak dan tidak memberi kesan
Cabaran-cabaran itu tidak merosakkan jiwa mereka, bahkan bertambah kuat dengan Tuhan
Dengan rahmat Tuhan dan kasih sayang-Nya,
Tuhan perintahkan puasa Ramadhan dan lain-lain ibadah tambahan
Ramadhan boleh membaik pulih kejahatan
Kerosakan manusia setahun hanya sebulan

Seolah-olah Ramadhan bulan overhaul hati insan
Seperti kereta yang sudah lama dipakai, banyak kerosakan telah berlaku terutama enjin, perlu overhaul
Overhaullah caranya membaikpulihkan kereta yang perjalanannya sudah tidak berapa betul
Manusia yang sudah rosak jiwanya, fikirannya, sikap dan tingkahlakunya dipulihkan melalui didikan Ramadhan

Didikan Ramadhan merupakan satu pakej pendidikan, di antara satu sama lain kuat-menguatkan
Siangnya puasa, sembahyang ditambah lagi dengan Tarawikh, disusul dengan membaca Al Quran
Ditambah lagi dengan perkara-perkara sampingan, zikir, tasbih, tahmid, salawat, tafakur, digalakkan bersedekah dan pemurah, perbualan yang menambah kesedaran

Keseluruhan itu asasnya adalah mujahadah melawan nafsu
menentukan didikan Ramadhan berkesan atau tidak bekesan
Didikan Ramadhan ada mujahadah, ada didikan puasa, didikan sembahyang
Ditambah lagi didikan Al Quran dan lain-lain lagi tambahannya

Mujahadah ertinya memerlukan kekuatan jiwa,
memaksa membuat yang disuruh, memaksa meninggalkan larangan
Larangan itu sama ada yang lahir mahupun yang batin kenalah tinggalkan
Mujahadah ertinya memaksa, terseksa, membencikan, menjemukan, meletihkan

Kalau jiwa tidak kuat usaha tidak dapat diteruskan, atau buat tanpa kesungguhan
Kerana itulah mujahadah perlu pemangkin yang menggalakkan,
Pemangkin ialah puasa yang hati dan fikirannya puasa, sembahyang yang dapat dihayati,
didikan Al Quran yang difaham dan dijiwai
Ramadhan Bulan Overhaul ? Hi_01_big
Di antara didikan sembahyang, menebalkan rasa kehambaan dan menajamkan rasa bertuhan
Di antara didikan Al Quran di sana ada khabar gembira, ada amaran,
ada suri teladan juga ada kesedaran dan keinsafan
Didikan puasa rasa lemah, rasa hamba, rasa timbang rasa, menyedarkan dan menginsafkan

Daripada 3 pakej didikan yang utama itulah
menjadikan pemangkin menguatkan jiwa, menyuburkan jiwa, meneguhkan keyakinan
Apabila jiwa kuat, jiwa subur, mujahadah pun kuat
Apabila jiwa kuat dan subur hikmah Ramadhan
daripada 3 pakej didikan tadi boleh bangunkan insan

Jika hikmah Ramadhan itu dapat dimiliki lahirlah manusia luarbiasa
Ertinya manusia yang dioverhaul di bulan Ramadhan
mengembalikan manusia kepada fitrah sucinya
Lahirlah manusia yang luar biasa, iaitu manusia yang benar-benar rasa kehambaan
Manusia yang tawadhuk, sabar, redha, berkasih sayang, bertimbang rasa, pemurah, kerjasama
Malu akan jadi pakaian, tawakal menjadi perasaan, keyakinan kental

Apabila sifat ini dapat dimiliki, automatik mazmumah terbasmi
Sombong, tamak, bakhil, pemarah, hasad, dendam, gila puji, gila nama, mati
Inilah dia orang yang menang dan berjaya didikan Ramadhan
Selepas Ramadhan manusia itu kembali suci seperti fitrahnya yang semulajadi
Orang ini sahajalah yang layak berhari raya
Kerana berjaya mengembalikan kesucian fitrahnya, hari raya namanya

Hari raya ertinya mengembalikan fitrah suci lagi murni
Kalau fitrah yang suci murni ini kekal sepanjang tahun,
Ramadhan yang akan datang hanya memberi cahaya lagi, bukan overhaul
Begitulah didikan Ramadhan ramai orang yang gagal, sedikit sangat yang berjaya
Back to top Go down
http://ukhwah-bersatu.blog2009.com/
 
Ramadhan Bulan Overhaul ?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Muhasabah Ramadhan
» Andai Ini Ramadhan Terakhir...
» Andai Ini Ramadhan Terakhir...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
IIUM Grad 96/2000 :: MARI BERKARYA :: Puisi & Sajak-
Jump to: