IIUM Grad 96/2000
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
IIUM Grad 96/2000

Discussion Boards for International Islamic University Graduates 96/2000
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  

 

 PANDUAN MENDIDIK ANAK

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Aliff Lam




Posts : 89
Join date : 2008-07-20
Age : 47
Location : Country Homes, Rawang

PANDUAN MENDIDIK ANAK Empty
PostSubject: PANDUAN MENDIDIK ANAK   PANDUAN MENDIDIK ANAK Icon_minitimeSun Jul 20, 2008 12:27 pm

Anak-anak adalah amanah Allah kepada ibubapanya. Kalau diibaratkan mutiara yang diserahkan kepada seseorang untuk menjaganya,maka mestilah orang yang berkenaan itu menjaganya agar tetap terpelihara keasliannya sebagaimana ketika ia diserahkan. Kalau diibaratkan harta yang diamanah supaya menjadi modal perniagaan pula, maka harta itu mestilah dipergunakan sebaiknya agar modal itu bertambah dan menghasilkan untung.

Anak-anak yang Allah amanahkan itu mestilah juga dijaga sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.
Peribahasa melayu ada menyebut ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya'
Sungguh pun begitu, ini tak bermakna mendidik anak-anak di waktu kecil boleh dianggap mudah sehingga dibuat dengan sesuka hati kita. Sebenarnya perumpamaan melayu di atas kalau difahami sungguh–sungguh ternyata membawa maksud susahnya tugas mendidik anak-anak, sesusah membentuk rebung.

Apa tidaknya, rebung itu lembut, kalau dilentur semahu kita secara kasar pastinya akan patah, akhirnya buluh tak menjadi, kalau menjadi pun buluh yang cacat. Begitulah dalam mendidik anak-anak. Tidak boleh ambil sambil lewa saja. Ia mesti dirancang dan disusun dengan rapi agar apa yang kita harapkan itu terhasil dengan sempurna.

Untuk itu anak-anak hendaklah dilatih dan ditanamkan dengan rasa bertuhan dan rasa kehambaan sedari kecil lagi sepertimana sabda Rasullallah. S.A.W :

"Awal-awal agama mengenal Tuhan"

Juga sedari kecil lagi anak-anak perlu dibiasakan melakukan perbuatan dan perkerjaan yang baik.

"Setiap anak adam itu dilahirkan suci bersih dan sesungguhnya kedua ibubapanya yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi" - Bukhari Muslim

Anak-anak ini perlu disuburkan rohnya, akalnya dan fizikalnya. Ketiga-tiga faktor ini perlu seimbang tidak boleh ditekan pada satu faktor saja. Kerana ketidak seimbangan ini akan merosakkan samada akalnya, fizikalnya atau rohnya.

Jika pendidikan hanya tertumpu pada akal sahaja, anak-anak akan membesar tanpa mengenali Tuhan. Jika berjaya dia akan merasakan itu semua kerana usahanya semata-mata.

Jika hanya fizikal anak-anak saja yang disuburkan, nanti mereka akan jadi malas, tiada ketahanan diri, banyak makan dan malas berfikir.

Manakala jika rohnya saja diberi pengisian, anak-anak akan jadi jumud. Perkembangan fikirannya tidak mengikut arus perdana, sensitif dan emosional tidak pada tempatnya. Tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku disekelilingnya. Tidak berfikiran terbuka (open minded) dan sebagainya.

Kesimpulannya, untuk mendidik roh, akal dan fizikal anak-anak perlu serentak dan pembinaannya hendaklah berperingkat-peringkat mengikut tumbesaran dan umur anak-anak.
Back to top Go down
http://ukhwah-bersatu.blog2009.com/
Aliff Lam




Posts : 89
Join date : 2008-07-20
Age : 47
Location : Country Homes, Rawang

PANDUAN MENDIDIK ANAK Empty
PostSubject: Re: PANDUAN MENDIDIK ANAK   PANDUAN MENDIDIK ANAK Icon_minitimeSun Jul 20, 2008 12:28 pm

Pendidikan ketika baru lahir hinga 2 tahun

Pada masa ini pendengaran anak-nak cukup senitif. Usahakan agar anak-anak tidak didedahkan dengan muzik-muzik yang boleh mengeraskan hati. Tumbesaran masa ini lebih banyak bergantung kepada susu ibu. Permulaan pembentukan akalnya dari memberi makanan yang boleh mencerdikkan seperti kismis, badam, limau dan sebagainya.
Elok sangat jika anak-anak dibuai dengan nasyid yang boleh mendidik hati. Ataupun alunan bacaan zikir dan ayat suci Alquran. Tuhan dikenalkan dalam bentuk bersahaja pada peringkat awal lagi.

Pendidikan ketika 2 tahun hingga 4 tahun

Pada peringkat ini kepekaan anak-anak mula bertambah iaitu penglihatannya pula mula berkembang. Medium Media Massa banyak mempengaruhi pembentukan akal dan roh anak-anak pada umur demikian. Oleh itu dinasihatkan agar jangan mendedahkan anak-anak terlalu banyak kepada pengaruh t.v, video, CD, games dan sebagainya. Walau pun apa yang dilihat kurang difahami, ia tetap akan mempengaruhi fikirannya hingga dewasa.

Pendidikan ketika 4 tahun hingga 7 tahun

Dari lahir hingga umur sebegini ibu bapa perlulah memberi kasih sayang, dibelai,diberi kemanjaan sepenuhnya. Pada umur begini ibu bapa masih boleh memeluk, mencium, meriba dan sebagainya.
-Makanan yang diberi hendaklah berzat untuk tumbesarannya.
-Mereka sudah mula berfikir, ajarkan pada mereka perbezaan antara perkara yang baik dan buruk.
-Sudah mula disuruh sembahyang.
PANDUAN MENDIDIK ANAK Muslim_kids_praying

Pendidikan ketika 7 tahun hingga 10 tahun

Faktor- faktor yang mempengaruhi kenakalan, hendaklah mula diambil perhatian pada umur begini.
Seperti : - Terlalu dimanjakan
- Belanja wang saku yang mewah dan berlebihan
- Pengaruh kawan dan alam sekitar

Pisahkan tempat tidur :- daripada ibu dan bapa
- adik-beradik antara lelaki dan perempuan
- menyediakan segala keperluannya

Untuk melatih anak-anak mempunyai fizikal yang kuat perlu juga sesekali dilatih lasak seperti :
- Tidur beralaskan tikar.
- Tidak menggunakan kipas atau aircond (supaya tahan panas)
- Makan hanya satu jenis lauk sahaja.
- Kesalahan mereka, terutama yang dibuat berulang-ulang kali, perlu disoal siasat, dan dihukum setelah diberi nasihat.
- Sudah boleh dikenalkan Tuhan dengan sifat-sifatnya.
Contoh : Tuhan Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Baik, Maha Pelembut dan diajar anak bersifat dengan sifat yang disukai Tuhan

*Waktu ini kasih kepada anak tidak boleh lagi ditunjukkan dalam bentuk dibelai, dipangku, dicium dan sebagainya. Buat-buat macam tak peduli supaya mereka dalam keadaan tertanya-tanya, sayangkah ayah aku dengan aku ini? Nak kata sayang tidak, nak kata tak sayang pun tidak!

Ini penting supaya perasaan itu akan membuatkan seseorang anak tidak terlalu manja, tidak terlalu berani dan tidak terlalu takut. Jadi mudahlah kita disiplinkan mereka dengan jadual-jadual yang telah ditetapkan. Perasan itu jugalah yang akan mengawal mereka agar berbuat apa yang diarahkan.

Pendidikan ketika 10 tahun hingga 15 tahun

Didiklah anak agar takut dan kasih pada kita. Adakala kita perlu tegas supaya mereka takut, tapi ada masanya kita ikutkan kehendaknya sebagai tanda kasih seperti membeli makanan, pakaian dan keperluan sekolahnya. Latih mereka menyelesaikan masalah sendiri. Sekiranya ada masalah, mengadulah kepada Tuhan dan berdoa. Tuhan dijadikan tempat rujuk yang utama, namun ibu bapa masih lagi boleh memberi panduan dan dijadikan tempat rujuk apabila perlu.

Pendidikan ketika 15 tahun hingga 18 tahun

Pada peringkat remaja, anak-anak jangan dibiarkan membuat keputusan sendiri. Ibubapa menjadi rakan tempat anak-anak merujuk segala masaalah. Ibubapa yang berjaya menjadikan watak diri sebagai rakan kepada anak-anak, bererti anak-anak tidak mudah merujuk masaalahnya dengan orang luar (rakan sebaya) yang belum tentu dapat menyelesaikan masalahnya.

Kesimpulan:

Ibubapa yang terlalu garang akan membuat anak-anak rasa benci dan sikapnya akan jadi liar dan sukar dikawal. Manakala ibubapa yang memberikan sepenuh kasih sayang tanpa dibatasi akan menjadikan anak mengada-ngada, terlalu manja@spoilt, tidak bertanggung jawab dan sukar didisplinkan. Dalam masa yang sama juga ia menjadi salah satu punca masalah gejala sosial iaitu sumbang muhram!

Perlu menjadi ingatan kepada ibu ayah dalam hal mendidik anak bahawa kita tidak mampu mendidik anak kita menjadi soleh ataupun baik dengan kemampuan diri sendiri. Anak-anak adalah amanah dari Tuhan maka hendaklah kita berusaha sambil berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah. Agar Allah kawal hati mereka dari perkara-perkara maksiat dan jaga kehidupan mereka dari tipuan dunia yang merosakkan. Very Happy
Back to top Go down
http://ukhwah-bersatu.blog2009.com/
Hamidi_sban




Posts : 79
Join date : 2008-07-29
Age : 47
Location : Seremban

PANDUAN MENDIDIK ANAK Empty
PostSubject: Re: PANDUAN MENDIDIK ANAK   PANDUAN MENDIDIK ANAK Icon_minitimeTue Jul 29, 2008 5:43 pm

Baru2 ni jadik lagi kes budak berumur 1+ tahun meninggal dunia sebab lemas di dalam baldi yang penuh berisi air... Dari dulu lg, aku cukup terasa kalau kes2 kealpaan mak ayah dalam menjaga keselamatan anak2 mereka. Kalau dilihat, ianya mmg pure accident sbb mak, ayah, atuk & nenek tak tau berkenaan kemalangan tersebut, cuma bila dh terlewat dan gagal untuk menyelamatkan mangsa. Kesian dan sedih juga terhadap keluarga terbabit... Aku cuma berharap dan berdoa agar kejadian seperti itu tidak terjadi ke atas diri aku & orang2 di sekeliling aku. Beringat sebelum terlambat!

Renung2kan... dan selamat beramal!
Back to top Go down
http://thirdlane.blogspot.com
Sponsored content





PANDUAN MENDIDIK ANAK Empty
PostSubject: Re: PANDUAN MENDIDIK ANAK   PANDUAN MENDIDIK ANAK Icon_minitime

Back to top Go down
 
PANDUAN MENDIDIK ANAK
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Panduan Untuk Moderators

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
IIUM Grad 96/2000 :: KAUNSELING & KELUARGA :: Tips dan Panduan-
Jump to: