IIUM Grad 96/2000

Discussion Boards for International Islamic University Graduates 96/2000
 
HomeHome  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  

Share
 

 FALSAFAH BERJUANG...

Go down 
AuthorMessage
Aliff Lam



Posts : 89
Join date : 2008-07-20
Age : 43
Location : Country Homes, Rawang

FALSAFAH BERJUANG... Empty
PostSubject: FALSAFAH BERJUANG...   FALSAFAH BERJUANG... Icon_minitimeTue Aug 05, 2008 8:43 pm

BERJUANG MENGAJAK MANUSIA KEPADA ISLAM

Berjuang membunuh musuh bukanlah utama
Mengalahkan musuh dengan mengIslamkan mereka lebih mulia
Daripada mengalahkan musuh dengan cara membunuhnya
Rasulullah pernah berkata, aku tidak mahu membinasakan mereka
Kerana aku harapkan zuriat-zuriatnya di dalam sulbi mereka yang akan menerima Islam
Tujuan berjuang sebenarnya untuk mengajak manusia masuk Islam
Mengajak mereka menyembah Tuhan dan membesarkan-Nya
Mencintai Tuhan, menyanjung, memuja dan menjadikan-Nya idola
Bukan membunuhnya kecuali tidak dapat dielakkan
Mengapa umat Islam berjuang suka sangat bunuh orang
Mengapa tidak diusahakan agar mereka masuk Islam
Mengapa umat Islam hendak sangat mengalahkan musuh-musuhnya dengan senjata
Tapi tidak bersungguh-sungguh membaiki diri sebagai senjata
Bermujahadah melawan hawa nafsu pun tidak ada
Membersihkan jiwa daripada mazmumah apatah lagi tidak ada di dalam kamus perjuangannya
Kerana itulah seluruh perjuangan umat Islam belum mendapat kemenangan
Kerana senjata yang utama di dalam perjuangan diabaikan
Iaitu berusaha membaiki diri dan berusaha memiliki sifat taqwa
Taqwa di dalam Islam adalah aset yang paling utama
Ia adalah merupakan sumber rezeki, sumber bantuan dan sumber kemenangan
Marilah kita sama-sama memperbetulkan niat dan persepsi kita terhadap perjuangan
Back to top Go down
http://ukhwah-bersatu.blog2009.com/
 
FALSAFAH BERJUANG...
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
IIUM Grad 96/2000 :: MARI BERUSRAH :: Artikel & Tazkirah-
Jump to: