Minggu lepas aku ikut ayah aku gi mesyuarat (dan Iftar) dengan Bekas2 Pelajar Kolej Islam Malaya... Perrrgghhh!!! Otai2 semuo eh! Perbincangan lebih kepada harta2 wakaf Kolej Islam, khususnya bangunan Matrikulasi UIA dulu di PJ. Kesian gak, ada pihak yg nak ambil kesempatan atas bangunan tu, nak ditukarkan ke nama individu atau syarikat atas alasan Pemegang Amanah! Tapi Alhamdulillah, dah final stage utk dapatkan perkenan Sultan, status balik ke asal iaitu wakaf Kolej Islam Malaya dulu.